Nicks

Saya telah di-tagged, tetapi hanya berminat menjawab soalan pertama sahaja, iaitu mengenai nicknames kerana saya mempunyai banyak juga nicknames. Yang lain-lain tu macam sudah biasa sangat kelihatan di mana-mana soalan tags jadi saya rasa tak perlulah menjawabnya. Dan hari ini saya tiba-tiba berminat untuk menjawab dalam Bahasa Malaysia, tapi adalah campur sikit-sikit dengan English juga.

Nama sebenar: Nik Mohd. Adzrul Ariff bin Raja Azlan

Adzrul - Nama yang paling kerap dipanggil oleh keluarga dan kawan-kawan. Kadang-kadang tersalah eja sebagai Azrul sahaja, saya tidak kisah pun. Sama je. Adik-adik menambah honorific Abang kepada nama saya ini.

Rul - Parents saya kadangkala memanggil saya sebegitu. Somehow ex-roommate saya Razi pun panggil macam ini juga.

Adz - Versi pendek nama sendiri. Time chatting juga dipanggil begini, dan saya juga senang membahasakan diri sebegini dalam alam maya. Lama kelamaan sudah biasa dengan nama pendek ini. Nama blog ini juga datang dari nickname yang ini.

A-D-Z - Nama panggilan dieja pula. First time semasa Form 4 dahulu, dan lebih kerap semasa di universiti.

Nik / Nick - Guru-guru di Russia lebih suka memanggil saya sebegini (hanya cikgu Bahasa Latin yang memanggil saya Adzrul), kerana lebih senang dan serupa dengan nama orang Russia. Groupmate saya Vanitha juga memanggil saya sebegini, dan bila dieja dalam chatting YM dia tambahkan lagi huruf 'C' itu. Haha. Pernah sekali dapat seorang guru bernama Nikolai....habis saya saja yang asyik dipanggilnya untuk menjawab soalan di dalam kelas.

Kawan-kawan di matrikulasi dahulu juga lebih maklum akan nama pertama saya ini dari nama panggilan saya yang biasa digunakan. Hanya kawan-kawan aras bilik saya sahaja yang memanggil saya Adzrul, itupun dua-tiga orang saja. Pernah sekali bila saya balik rumah, mereka membuat prank-call dari telefon awam matrikulasi, menyamar menjadi orang yang tidak saya kenal. Akan tetapi mereka menggunakan nama Adzrul, terus saya dapat tahu siapa mereka sebenarnya, tapi time tu saya played along lah. Kui kui kui....

Nikmokhd - Apabila orang Rusia berusaha memanggil nama pertama dan kedua saya, beginilah jadinya. Saya meletak huruf K di dalam nama itu kerana bahasa Russia tiada bunyi seperti bunyi huruf H, tetapi ada pula bunyi seperti "Kh". Pelik kan? Misalnya Ahmad akan jadi Akhmad, Mohamad jadi Mokhamad. Sudahlah begitu, mereka juga tidak tahu yang "Mohd." itu singkatan kepada Muhammad/Mohammad. Jadi mereka main hentam sajalah panggil saya Nikmokhd. Mula-mula tu saya betulkan juga, lama-lama saya malas. Saya minta saja dipanggil "Nik", mereka pun lagi suka sebab lebih mudah. Lagi haru sekiranya mereka terkeliru dengan huruf H, kerana di Russia bentuk huruf H mereka bunyinya seperti huruf "N". Jadi "Nik Mohd." kadang-kadang jadi seperti "Nikmon".....seperti spesis Digimon pula. Nak terbatuk saya pertama kali dipanggil begitu, sebab saya juga minat anime tersebut. Hahaha.

Abang Az - Nama panggilan yang dicipta Aysha. Habis semua kawan-kawan perempuan satu batchnya memanggil saya sebegini. Tak mengapalah, dah empat tahun beza tahun pembelajaran. Groupmates saya kadang-kadang suka menyakat saya dengan nama ini juga.

Begitulah ceritanya, saya dan nicknames saya. Panjang juga entry kali ni.

Satu lagi pesanan penaja: cerita-cerita Euro Trip 2008 sudahpun tamat. Saya ada banyak masa lagi sementara menunggu graduation ceremony dan urusan penterjemahan ijazah saya, jadi saya terfikir untuk bercerita pula pengalaman-pengalaman semasa pergi ke Mesir dan United Kingdom dulu-dulu. Tapi yang mana satu dahulu yang para pembaca semua hendak tahu dahulu? Pilihlah ya.

7 comments:

ak_0143 said...

abang adz!~~~~
hahahaha

yang aku tak tahan nama spesis digimon itu!
ape kuasa terpendam anda!???
huhuhu

diya said...

hahaha. agreed wif kamal. apa adzrul ada kuasa terpendam ye? hahaha. nikmon. sangat comel! ala2 pokemon pun ada jugak. hehehe

diya biasa takkan tambah nama panggilan "abang" kat sape2 dgn mudahnya [walaupun diya tahu agak jauh beza umur kita - cewahhh]. unless, klw adzrul yg start bahasakan abang dulu. hahaha. takde2. gurau2 je.


p/s-mcm pelik je bila diya try sebut nikmokhd. rs mcm tersekat benda je kat tekak. huhu

Adry said...

panggil nik la senang... panggil nikmon pun bagus gak... hahaha.. lucu...

diarisenja said...

infinity: hahahaha..
dalam hati: erk!
akal: title baru dah..doktor!
huda: abg=hormat.
dalam hati semula: takpernah guna 'abg'..erk! geli den!
akal: sebab adik beradik takde laki!
akhir kalam..

gudlak dr. abg adzrul..hahha. tak ke pelik bunyinya! entry nickname pun dah menarik! hahaha

p/s: bahasa ibunda anda yang telah ditulis adalah sangat sopan! aduhai! =P

nadia yuna said...

abang az?

\(^.~)/

hafiz238 said...

camner leh jadi nikmon tu...tersenyum bila baca tulisan kali ini. Banyak juga yer nickname yer.

hmm, apa kata tulis mengenai pengalaman di Mesir. mungkin sebab cuaca dia berlainan dari benua Eropah :)

Adzrul Ariff said...

Huish...semua pakat gelak. Haha. And sorang je reply pasal nak UK trip ke Egypt trip. Anyway panggil je Adz, lagi senang.

Kamal & Diya - Korang tanya soalan sama la pulak: kalau diberi pilihan nak kuasa 'teleportation', senang gi mana2 takyah risau train ticket, flight ticket, boleh berjalan ke mana2 je.

Adry, Huda, Nadia: :P

Hafiz: Mesir trip eh... ok.. tengok dulu apa kata survey yang lain. :)

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger